top of page

KEMBARA SALAMAN KE TAWI-TAWI.

  • yayasanadam1
  • Sep 30, 2015
  • 3 min read

Tarikh : 22hb – 29hb September 2015.

Anjuran : Yayasan ADAM(YADAM) dengan kerjasama PENDAMAI & HARUM.

Ahli rombongan seramai 6 org.

Tarikh : 22hb September 2015 (Selasa)

Rombongan kami tiba di jeti sanga-sanga , Bongao , Tawi2 sekitar pukul 8.15malam. Rombongan kami disambut oleh Prof AbdurRajan dari Mindanao State University, Tawi2 dan ahli keluarga beliau serta ahli Nusantara Cultural Heritage Club (NUCULHERIC). Setelah selasai urusan mengambil barangan kami di Feri. Rombongan kami telah dipelawa oleh pihak Gabenor Tawi-Tawi ke rumah beliau untuk sesi ramah mesra bersama dengan Gabenor Tua (panggil masyarakat Tawi-Tawi) iaitu Hon. Hadji Sadikul A.Sahali dan anak beliau yang menyadang jawatan Gabenor sekarang iaitu Gov.Nurbert M.Sahali.

Tarikh : 23 September 2015 ( Rabu – 900pg )

Aktiviti hari ini , pada sebelah pagi di adakan majlis korbankan 2 ekor lembu di rumah Prof Abdurajan. Hasil korban akan diserahkan kepada penduduk sekitar Sanga dan pelajar MSU untuk masak menu special ‘ Tulaq Itum ‘ atau sup daging hitam pada jamuan majlis petang nanti.

Pagi tu kami ke lokasi korban menaiki ‘Trisikal ‘ . Jarak yang tidak jauh dari lokasi penginapan hanya dikenakan P30 ( RM3 ) . Majlis korban di jalankan dengan bantuan pelajar lelaki MSU untuk mengikat dan memegang lembu. Suasana amat meriah, sesekali terdengar gelak ketawa tika menumbangkan lembu. Adat sembelihan dijalankan oleh imam masjid . barang-barang keperluan asas untuk memasak disediakan oleh pelajar untuk masak menu Tulaq Itum.

Kelapa digunakan sebagai bahan utama dan dibakar setelah dibelah sehingga hitam. Selepas itu baru dikorek atau kikis isi kelapa sebagai bahan asas. Cuma ambe tidak dapat mengikuti proses memasaknya.Kami di hidangkan dengan air kelapa dan kuih muih ( cekodok pisang, kuih manis dan kek ), ambe seperti biasa melayani perbualan dengan mulut mengunyah. Kami juga dikunjungi pihak Pulis yang turut serta dalam jamuan ringan di majlis tersebut.

Tarikh : 23 September ( Rabu – 3 ptg )

Majlis meraikan rombongan kami diadakan di Dewan Utama Pusat Latihan Fakulti Perikanan Mindanao State Universiti Majlis di hadiri oleh para pensyarah kanan universiti, pemimpin penduduk setempat dan pelajar dari pelbagai bidang pengajian. Majlis yang meriah di selangseli dengan karenah pengacara majlis yang cuba untuk berbahasa melayu.

Antara aktiviti Nusantara Cultural Heritage Club ( NCHC ) yang di anggotai pelajar MSU adalah mengadakan kelas berbahasa Melayu. Namun kelab ini TIADA buku rujukan bahasa Melayu. Jadi untuk mempelbagaikan aktiviti kelab amatlah terhad.

Majlis dimulakan dengan tarian tradisional dari ahli kelab. Yang menariknya penonton boleh memberi wang di tengah jari-jemari penari. Saat paling meriah apabila Abg Yang memegang mikrofon, setelah Kak Yang memancing. Kerana kasih sayang dan persaudaraan, Abg Yang memulakan dengan selawat Al Fateh sambil diikuti oleh penonton. Lagu ‘ Suci Dalam Debu’ yang kebanyakkan penonton menghafalnya turut serta bernyanyi bersama Abg Yang. Namun saat yang paling buatkan ambe hiba dan suka adalah ketika AY mengalunkan lagu ‘Gurindam Tauhid’, terlihat mulut penonton cuba mengikut bait-bait lirik lagu tu. Keadaan menjadi fokus kepada lontaran suara Abg Yang, seakan ada panahan kepada jiwa mereka.

Majlis yang diselang-selikan dengan ucapan dari Kak Yang, Abi Khairul , Abi Razlan serta Prof Abdurajan akhirnya selesai dan ditutup dengan jamuan makan hasil dari daging korban pagi tadi. Majlis berakhir pada pukul 600 ptg dan pelajar kelihatan gembira setelah menikmati makanan dan kami sekali-sekala cuba bersembang dalam bahasa melayu.

Siri 6 : Korban di Masantong

Tarikh : 25 September ( Jumaat)

Perjalanan kami melalui jalan bersimen, laluan tanah merah dan berdebu . Lebih kurang 45 minit dari Sanga-sanga, maka kami sampai di tanah warisan, Masantong. Kami di sambut oleh penduduk kampung yang datang untuk menghadiri majlis korban. Dua ekor lembu dikorbankan untuk penduduk setempat. Majlis sembelihan dijalankan oleh orang tempatan. Surau Lupah Pula di tepi sungai laluan kapal nelayan mempunyai pemandangan yang indah. Namun keadaan surau masih belum siap pembinaannya. Selepas selesai solat, kami diundang ke rumah penduduk tempatan untuk menikmati jamuan ringan serta membasahkan tekak. Ternyata mereka menyambut baik kedatangan rombongan kami, dengan penyediaan makanan dan minuman.

Siri 7 : Masantong Primary School

Kami bergegas ke Masantong Primary School , untuk majlis penyerahan alat tulis dan makanan kismis minda& doa untuk pelajar. Ternyata sekolah ini ada 2 bilik darjah sahaja. Ada kanak-kanak yang hadir bersama kaum keluarga. Peralatan menulis dan warna diagihkan oleh guru sekolah berkenan berdasarkan keperluan pelajar. Ternyata pelajar ini amat gembira dengan majlis tersebut.

Tepat pukul 530 petang rombongan kami meninggalkan tanah Masuntong dengan 1001 cerita dan

kenangan.


 
 
 

Comments


bottom of page