top of page

Projek Pertanian Organik & Bersepadu Kemboja

  • Ditulis oleh: Badrul Zakaria
  • Jun 15, 2015
  • 2 min read

Projek Pertanian Organik & Bersepadu Cambodia ini (kolaborasi Yayasan Adam & Mandalika malaysia Chamber of Commerce (MMCC) )


Pengalaman dari pelbagai kunjungan Yayasan Adam dan juga Malaysia Mandalika Chamber of Commerce (MMCC) ke Cambodia yang bermula pada awal Januari 2015 telah memberi gambaran yang lebih jelas tentang demografi Cambodia. Pendapatan rakyat yang kebanyakan terdiri dari kaum Khmer yang beragama Buddha dan juga kaum Melayu Champa beragama Islam adalah amat rendah. Mereka hanya bergantung kepada sektor pertanian. Sektor ini menggunakan 80% dari sumber kerja Negara Cambodia.


Projek Pertanian Organik dan Bersepadu Cambodia adalah satu inisiatif Yayasan Adam dan juga MMCC untuk membantu para petani dari pelbagai kaum di Cambodia untuk meningkatkan pendapatan dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan ekonomi Cambodia.


Pada 12 Jun 2015, Yayasan Adam yang diwakili oleh saudara Badrul Zakaria bersama-sama MMCC yang diwakili oleh Tuan Hj Ahmad Shaiful Alwi bin Md Nor, Tuan Hj Faridzul Adib Mohd Ramli dan Saudara Nik Fadli Fakhruddin Nik Hussain, telah membawa seorang pakar dalam bidang pertanian organik dan bersepadu dari Malaysia. Ia bertujuan meninjau dan memulakan perbincangan, khususnya berkaitan peluang membantu para petani yang berpendapatan rendah.

Pakar yang dimaksudkan ialah Kapten (B) Zakaria Kamantasha dari Sri Lovely Organic Centre, Sik, Kedah. Beliau mempunyai kepakaran dan telah berjaya membuktikan bahawa sistem pertanian organik yang bersepadu mampu mengeluarkan hasil yang berlipat kali ganda berbanding kaedah semasa menggunakan baja kimia dan sistem perladangan kontemporari.


Rombongan ini telah menemui beberapa NGO, termasuk Youth for Peace di bawah pimpinan Mr Long Kaet dan bebrapa pertubuhan lain. Pihak-pihak ini telah bersepakat untuk segera memulakan satu projek membantu petani kemboja untuk mula berdikari serta membina kehidupan yang lebih baik. Secara langsung ia turut serta menyumbang kepada pembangunan Negara Cambodia.

Satu MOU telah ditandatangani antara pihak MMCC selaku badan induk dengan pihak 3 NGO Cambodia iaitu Youth for Peace Institute of Cambodia (Mr Long Kaet), Islamic Council of Development of Cambodia (Tuan Hj Mohd Farid Hosen) dan Maahad Amanullah and Muslim Cambodia Development Foundation (Tuan Sos Lyman). Persefahaman ini untuk membentuk dan menjayakan satu ‘Pilot Project for Organic and Intergrated Farming’ di Kg Ka’ Bey.


Projek ini juga merupakan program pilot bagi MMCC untuk melaksanakan Konsep Ekonomi yang dikenali dengan nama Islamic Gift Economy. MOU ini dimeterai pada 4 hb Ogos 2015 di Phnom Penh.


Projek ini terus dimulakan di Kg Ka’ Bey, melibatkan 20 orang petani tempatan. Ia dijalankan di atas tanah seluas 1 hectar yang dimiliki oleh Maahad Amanullah and Muslim Cambodia Development Foundation. Projek ini diketuai oleh Tuan Sos Lyman.




 
 
 

Comments


bottom of page